Thursday, September 13, 2012

postheadericon Panduan Belajar Dengan Mudah


Belajar Bahasa Inggeris merupakan asas kepada suatu permulaan yang baik dan berfaedah. Permulaan yang baik ini boleh kita anggap sebagai batu loncatan agar kemajuan kendiri dipertingkatkan ke peringkat yang lebih tinggi. Pada zaman kegemilangan era teknologi maklumat dan komunikasi ini, Bahasa Inggeris menjadi teras utama dalam apa-apa jua bidang khususnya yang melibatkan dengan pengumpulan ilmu. Penyataan ini tidaklah bermakna bahawa Bahasa Melayu akan dipinggirkan tetapi dalam kita memperjuangkan bahasa kebangsaan, bahasa global seperti English perlulah dikuasai terlebih dahulu. Lihatlah bagaimana para ilmuan Eropah pada masa silam yang sanggup mempelajari Bahasa Arab dan menterjemahkan kitab-kitab sarjana Arab kepada bahasa ibunda mereka. Berbeza dengan era kini, keadaan sudah jauh berbeza. Jarang sekali kita melihat bangsa sendiri yang menghasilkan buku-buku ilmuan yang menjadi rujukan bangsa asing dan hanya menjadi pembaca buku semata-mata.

Atas kesedaran ini saya telah mempelajari sendiri Bahasa Inggeris dengan menggunakan ebook belajar bahasa Inggeris. Terdapat beberapa perkara yang saya harapkan berlaku pada diri saya selepas mempelajari bahasa Inggeris iaitu:
  • Mempunyai keyakinan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih dan lancar.
  • Mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik yakni biasanya ditawarkan kepada pemohon yang mahir dalam penggunaan bahasa Inggeris.
  • Mampu menguasai ilmu dan kemahiran yang baru yang melibatkan dengan kepandaian berbahasa inggeris.
  • Membantu rakan-rakan lain yang masih belum mahir berbahasa Inggeris.
  • Peningkatan keyakinan dan motivasi diri dalam menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan formal dan tidak formal.

Ebook Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris membolehkan saya untuk belajar bahasa inggeris dengan mudah. Saya tertarik dengan penyataan yang menjelaskan bahawa seseorang yang menguasai pembelajaran Bahasa Inggeris adalah orang yang beruntung kerana mampu maju setapak daripada orang lain yang tidak mempelajari apa-apapun. Panduan menguasai Bahasa Inggeris sememangnya banyak terdapat di pasaran lebih-lebih lagi di alam maya tetapi saya inginkan sesuatu yang murah dan praktikal serta tidak merasa terbeban untuk membelinya. Oleh kerana itu saya membeli ebook mudah belajar bahasa inggeris agar saya dapat menyesuaikannya dengan masa saya sendiri.

ebook kuasai bahasa inggeris


Penggunaan bahasa Inggeris sememangnya penting sekali. Serata dunia menggunakan bahasa tersebut dalam komunikasi yang melibatkan perniagaan, ekonomi dan perkongsian ilmu. Di universiti misalnya, kursus sarjana melibatkan penggunaan bahasa Inggeris kerana sumber bahannya banyak dalam bahasa tersebut. Oleh yang demikian, ramai pelajar yang agak lemah dalam Bahasa Inggeris cuba untuk mempelajari sendiri menggunakan pelbagai cara. Antaranya adalah seperti menjalani kursus Bahasa Inggeris. Malangnya, ramai yang tidak mampu untuk membayar kos yang sangat mahal kerana melibatkan ruang belajar dan tenaga pengajar. Terdapat segelintir yang mencuba untuk belajar dengan menggunakan Kamus Inggeris ke Melayu secara online tetapi memakan masa yang amat panjang dan tidak begitu efisyen.

Saya sendiri sudah mencuba segalanya dan secara peribadinya belajar melalui ebook ini lebih sesuai kerana faktor disiplin untuk belajar sahaja yang perlu diberi perhatian. Oleh itu, saya cadangkan kepada rakan-rakan sekalian Ebook Kuasai Bahasa Inggeris ini sebagai panduan mudah untuk menguasai Bahasa Inggeris. Semoga anda mendapat manfaatnya.